Jumaat, 22 Januari 2010

Antivirus

Macam mana nak protect pc kita? mesti korang terpikir pasang anti virus. Ada banyak produk anti virus, tapi anti virus mana yang bagus? Dari pengalaman saya, ramai yang memilih anti virus yang popular tak pun sebab ramai yang pakai. Tapi kena juga virus nyer. Bagi saya, antivirus yang paling suka adalah nod32. Jarang dengar sebab tak ramai yang pakai.

Kenapa?
Ia dapat detect terus kalau ada virus yang masuk. Contohnya jika masuk thumbdrive, terus dapat detect dan delete terus. Ia juga block laman web yang bahaya untuk kita masuk. Tapi yang tak menariknya ia tidak dapat bersihkan fail daripada virus. Samada kuaritin atau delete sahaja.

Sesetengah antivirus pun bagus juga seperti payung merah (avira). Tapi ia terlalu sensitif. Segala keygen, crack pun dibuang. Bunyi dapat detect virus pun menyakitkan hati juga.

Apa² pun, tepuk dada tanya selera. Kalau tepuk perut, maknanya nak pergi makan.

p/s: paling penting update selalu antivirus. Antivirus paling hebat tapi tak update apa gunanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan