Terbalikkan monitor. Pastikan ada alas untuk letak LCD tue. Kalau tak, calar la display tue. Tanda merah adalah tempat skru yang perlu dibukak.
Bahagian dua tempat skru atas ada getah mcm di dalam gambar. Bukak yang getah itu dulu. Skru ada di bawahnya.
Selepas semua skru, terbalikkan LCD (kaki di atas). Di situ ada dua lubang kecil. Masukkan skru driver, atau pisau atau apa²lah untuk bukak LCD tue dengan perlahan² dan cermat.
Hati² semasa bukak. Jangan sentap sebab bahagian tepi iaitu bahagian butang on/off ada wayar putih bersambung. Ada locker warna hitam kat wayar tu. Bukak locker dengan tolak ke atas dan wayar dapat dicabut dengan senang.
Ini rupa dalam bahagian belakang.
Bukak penutup tue dan ini rupa dalam.
Dua daripada empat kapasitor nie rosak.
Keluarkan yang rosak dan gantikan yang baru. Pastikan µf dan v adalah sama.
Jangan pasang balik, test dulu untuk tengok menjadi atau tidak. Hati² dengan elektrik
SAYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB WALAU APA PUN KEJADIAN. SILA TANGGUNG SENDIRI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan