Ahad, 10 April 2011

Telur Tiruan Dicipta?

Akhbar Kosmo mendedahkan tentang kehadian telur palsu yang dah mula merayap masuk ke pasaran tempatan di Malaysia. Sebenarnya, jika di China, telur-telur tiruan ini bukanlah sesuatu yang pelik lagi malah boleh dikatakan mereka di sana setiap hari tidak lagi dapat membezakan samaada mereka makan telur yang asli atau yang tiruan.






Bagaimana telur palsu dibuat:

Menggunakan beberapa jenis bahan kimia seperti karbonat, pati, resin, gelatin, alum dan produk kimia lain.


Masukkan telur mentah ke dalam bekas hingga 2/3 penuh kemudian campur kalsium klorida dan pewarna. Dengan menambah pigmen kuning ia menjadikan kuning telur.
 

 
Kuning telur palsu di tuang ke dalam acuan.
 
Rendam dalam kalsium karbonat. 

 Kulit telur di bentuk dengan merendam ke dalam lilin parafin yang kemudiannya dibiarkan sehingga kering.




 Akhir sekali telur palsu siap. Kulit telur palsu sangat raput dan mudah pecah.
 
Banyak gelembung kecil yang terbentuk semasa menggoreng telur tetapi tidak ramai orang yang boleh membezakannya.Telur nampak seperti telur sebenar dan rasa telur palsu lebih baik daripada yang sebenar.



Kerana wanglah kenapa telur palsu dibuat. Kos telur palsu cuma 0.55 Yuan/kg sedangkan harga pasaran telur asli adalah 5.60 Yuan/kg. Tetap waspada kerana ia boleh menyebabkan keracunan makanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan