Ahad, 31 Mei 2009

Cara pulih kan pc anda daripada virus

Memang sakit ati klu ada virus ada dalam komputer. dah la lembabkan, pastu lak kadang² ada file ilang. Anda terfikir, takkandah kena buang. Tidak. Sebenarnya virus telah hide folder anda. Cara buka tools di mana² folder dan tekan folder option. Pilih tab view. Thick pada Show hidden folders and files. Tapi kalau dah kena virus tu, folder option tak muncul.

Nak buka task manager pun x leh bukak. betul x? nie semua disebabkan virus. lebih² lg kat laptop perempuan. suka betul ternak virus. (jgn amek ati yer..) Ini adalah hakikat mengikut pengalaman saya.

Jangan risau, kalau ada masalah, mesti ada penyelesaiannyer. ye tak? Ikut cara di bawah.

Download
Download dahulu file yang saya masukkan ini, ComboFix.exe. Simpan file tu, tak kisah kat maner. Simpan dulu kat dekstop pun tak apa.

Masuk windows dalam keadaan safe mode
sebelum loading nak masuk windows, tekan F8. Di situ ia akan keluar menu pilihan (bukan menu makan). Pilih pada safe mode dan enter.

Kemudian anda akan masuk ke windows. Jangan terperanjat bagi yang tidak biasa. Windows anda akan kelihatan besar. Warna pun tak best. Itu adalah biasa dalam keadaan safe mode. Tekan file yang baru sahaja anda download tadi. Ikut sahaja intruction dia.



Biarkan sahaja. Mende tu tengah buat keje. Pergi main bola dulu ker, minum secawan kopi ker sebab mende nie agak lama bergantung pada pc anda. Kalau restart sendiri tak apa. Selepas restart ia akan masuk windows dalam keadaan normal. Ia akan habis selepas keluarnya log dalam bentuk notepad.

Barulah anda scan virus pada pc anda. Anti-kuman yand saya guna adalah eset NOD32. Kenapa akhir sekali baru nak scan? Kalau scan awal², virus tetap ada balik walaupun dah padam. Sebab? Virus telah mengubah Register Editor anda. Benda itulah akan membuat virus muncul balik dan benda itu juga disablekan Task Manager anda.

Skang pc anda dah ok. Task manager dan folder option dah muncul balik.

Combofix ini berfungsi untuk resetkan balik Register Editor yang telah diubah oleh virus. File nie bukan untuk buang virus. Sebab itulah saya suruh scan selepas keje combofix habis.

P/S: Pastikan anti-kuman anda telah update

Jumaat, 29 Mei 2009

Ilusi

Adakah setiap apa yang kita nampak tu kita mesti percaya sebulat-bulatnya daripada mata kita atau kita fikirkan dulu apa yang kita lihat dengan otak kita?

Kadang-kadang sesuatu yang dilihat itu tak semestinya betul dengan apa yang kita anggap pada penglihatan kita.

Untuk pengetahuan korang, Ilusi Optikal (optical illusion) ini telah menjadi kajian dari dulu sehingga sekarang. Ilusi-ilusi yang korang tengok kat bawah ini pun mungkin datang dari psychologists dan artist seperti Hering, Ehrenstein, Meyer, Zöllner, Müller-Lyer, Poggendorf, and Escher.

Jom kita test power tahap psikologist kita.

3siapa-nampak-titik-kelabu-minta-maaf-la-sebenarnya-tak-ada-pun-banyakkanlah-amalan-ke-jalan-yang-benar-ye
siapa nampak titik kelabu, minta maaf la, sebenarnya tak ada pun, banyakkanlah amalan ke jalan yang benar ye

4sebenarnya-semua-line-kat-sini-lurus-90-darjah

sebenarnya semua line kat sini lurus 90 darjah

5bulatan-semua-tu-nampak-bergerak-sebab-mata-kita-nak-tengok-semua-bulatan-kat-situ
bulatan semua tu nampak bergerak sebab mata kita nak tengok semua bulatan kat situ

6ok-sekarang-siapa-nampak-titik-hitam-antara-kotak-kotak-ni-sebnarnya-titik-putih-je-ada-hehe

ok sekarang siapa nampak titik hitam antara kotak-kotak ni, sebenarnya titik putih je yang ada. titik hitam xde pun.

Jalan yang menakutkan.

Kalau camnie ada buat tempat kita kat best. Huhu..













Khamis, 28 Mei 2009

Petua Untuk Gigi

Sakit Gigi Geraham Bongsu

  1. Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih.
  2. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh.
  3. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.


Sakit Gigi Berlubang

  1. Cara yang paling cepat emnghilangkannya, tumbuk beberapa kuntum bunga cengkih. Kemudian sumbatkan pada gigi yang berlubang tadi.
  2. Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit.
  3. Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
  4. Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.
  5. Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur.Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang berlubang.

Memutihkan Gigi
  1. Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.
  2. Bakar dua biji pinang tua yang kering hingga menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan biarkan seketika. Kemudian cuci dengan air.
  3. Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi.
  4. Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.

Ahad, 24 Mei 2009

Thumbdrive Palsu

Masing² dah yg thumb drive atau popular nyer pendrive skang makin murah..tp hati², jangan sampai termakan diri. Peringatan diberi kepada korang sekiranya membeli pendrive Kingston > lihat bungkusan betul2, yang kiri Original, yang Kanan Ciplak (bungkusan Lama). Apakah perbezaan Pendrive Ori n Ciplak nie..dari segi Kapasiti memang sama, tapi pendrive CIPLAK nie, bytes out(copy) dan bytes in(Paste) sangat lambat..korang akan rase lama sgt bile nak copy file...kat situ..korang akan rase sgt tertipu..Pendrive TIPU nie dijual rm30,sedangkan Original Kingston 8gb= rm50-52 (23/4/2009)..Hati² yer..

OS baru : Windows 7



Saya telah meng'install'kan windows 7 ini beberapa bulan yang lalu dengan membuat dual boot. Windows yang saya pasang ini adalah versi RC. Saya tak berapa minat jika ia dalam beta termasuk la software yang lain. Sebabnya mesti tak stabil. Berbalik pada windows 7 ini, ia lebih pantas daripada vista. Memang ramai yang tak suka vista, tapi sebelum nie saya pasang vista rasa ok jerk. (Lain orang, lain pendapat).

Kod nama untuk Windows 7 ini telah ditukar beberapa kali. Pada mulanya, ia dinamakan kod “Blackcomb” pada 2003. Kemudian ditukarkan kepada kod “Vienna” pulak pada awal tahun 2006. Akhir sekali nama rasminya adalah Windows 7. Dengar-dengar full version nyer kluar tahun 2010. Tarikh tepat tak tahu lagi.

Ada apa kat Windows 7 nih?

Ciri-ciri baru Windows 7 :

Antara muka pengguna
- Windows 7 masih mengekalkan cirri utama antara muka pengguna dan stail visual grafiknya iaitu Windows aero seperti windows vista tetapi banyak penambah baikan telah dilakukan. Ciri yang ketara ialah grafik yang menarik di desktop seperti kaca.

Taskbar
- Taskbar Windows & telah ditambah ketinggian sebanyak 10 piksel dari windows vista. Ia cirr terbaru pada windows 7 yang menggunakan grafik ikon yang lebih besar. Tetapi sekiranya anda sudah biasa dengan ikon yang lebih kecil, cirri-ciri taskbar windows vista yang lebih kecil turut disertakan.


Butang Mula dan menu
- Masih kelihatan sama dengan windows vista tetapi ditambah dengan cirri-ciri untuk akses terus Windows Explorer Libraries. Pilihan untuk menu klasik telah dibuang pada versi ini.

Senarai Pantas (Jump List)
- Pilihan menu ini kini boleh didapati dengan klik kanan pada ikon di taskbar. Setiap ikon yang berlain mempunyai senarai pantasnya yang berlainan mengikut kegunaan aplikasi tersebut.

Ruang Penyimpanan maya (Virtual hard disks)
- Windows 7 juga telah menyediakan fungsi tambahan Microsoft Virtual PC iaitu dengan menambah fungsi Ruang Penyimpanan
Maya (Virtual hard disks) yang boleh digunakan atau dijadikan sebagai pemacu.


Ciri-ciri yang telah dibuang dari Windows sebelumnya :

- Menu mula dan taskbar klasik seperti taskbar win98
- Aplikasi Windows Photo Gallery, Windows Movie Maker dan Windows Mail telah dibuang tetapi digantikan dengan aplikasi Windows Live. Namun ada sesetengah fungsi masih lagi wujud pada aplikasi baru Windows Live.
- Aplikasi Windows Defender telah dibuang
- Windows Meeting Space
- InkBall
- On-Screen Keyboard telah dibuang
- Windows Sidebar pada windows vista telah dibuang tapi boleh lagi pasang gadget

ada banyak lagi rasanya..



Spesifikasi untuk menggunakan windows 7 pula tidaklah memerlukan komputer yang sangat canggih.

1GHz 32-bit or 64-bit processor
1GB of RAM
16GB of disk space (or 20GB for 64-bit users)
DirectX 9 graphics device with WDDM 1.0 or higher driver

Spec pc saya Core2duo 4500 2.4GHz(OC), 2Gig Ram High Perfomance, Nvidia 8800GT berjalan dengan lancar. (Memang la..spec pon tggi..)

Anda boleh mendapat Windows 7 ini pada server windows. Activation key dengan mendaftar pada microsoft. Percuma, tidak perlu bayar apa2. Anda boleh gunakan windows 7 rc hingga Jun 2010, setahun lagi tu.

Tapi saya guna torrent jerk

Blog Pertama Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Selamat datang ke blog saya. Anda boleh memanggil nama saya dengan nama 'Miel'. Ini adalah kali pertama saya menulis blog ini. Mungkin blog nie nampak serabut, biasa la..baru nak buat blog. Tapi saya akan sentiasa update dari masa ke semasa.

Harap kamu semua beri tunjuk ajar, komen ker, ulasan ker yang boleh mencantikkan serta smart pada blog ni. (Jangan kutuk dah la..)