Isnin, 26 September 2011

Cara Update Offline NOD32 v2.7 v3 & v4

Sini aku nak bagitau camner nak update anti kuman NOD32 nie dengan cara offline. Tapi yang pasti kena ada dulu file update nyer. Camner nak dapat? kena download la. Nak download mesti ada tenet jugak kan? Sama jerk update secara on9 yer tak? Hahaha.. Betul²..

Tapi cari nie sesuai untuk di pc yang tidak ada internet. Mana tau tenet kena potong ker (bukan promote P1). Download dulu mana² kat cyber cafe ker tak pun kat umah member.

Download file sini untuk NOD32 v2.7, v3, & v4
Download file sini untuk NOD32 v2

Selasa, 6 September 2011

Rabu, 20 Julai 2011

Senarai Retailer dan Distributor untuk barangan komputer dan aksesori

Di sini saya ada senarai alamat dan no. telefon retailer dan distributor. Jika ada masalah barang dan claim warranty atau RMA boleh hubungi diorang.
Maklumat semua diambil pada tahun 2010
 

Selasa, 19 Julai 2011

RMA RAM Corsair



Random Access Memory aka RAM dalam pc aku dah rosak. 2 x 1GB DDR2. Cuma satu jerk prob. Dapat guna 1gb jer lah. lembab sk8 pc aku. Nak hantar ke kedai, warranti dah expired plak. Kebanyakan kedai warranty setahun jerk. Maksudnyer lepas abes setahun, x boleh hantar kat kedai dah. Kena hantar ke distributor nyer.

Isnin, 18 Julai 2011

Sesumpah Manusia



Cuba lihat gambar di atas. Ada nampak sesuatu yang pelik tak? Jika anda perhatikan betul-betul anda akan nampak satu bentuk tubuh manusia sedang berdiri di tengah-tengah gambar di atas. Itulah Liu Bolin, artis seni yang meniru konsep sesumpah. Lukisan pada bajunya menyamai latar belakang tempatnya berdiri kan. Tepuk tangan kepada dua orang pembantunya yang berjaya melukis dengan jayanya

Sabtu, 18 Jun 2011

"DADDY! HOW WAS I BORN!"

"DADDY! HOW WAS I BORN?" Junior asks his dad,

His dad, who is a software engineer sighs and replies, "Ah, my son, I guess one day you would have to find out anyway!"


Sabtu, 7 Mei 2011

TeraCopy 2.12

Ingin saya ingin kongsi satu software menarik untuk pc/laptop anda. Berfungsi untuk copy/paste dengan lebih mudah dan pantas.



Info
- Copy files faster and feature copy of windows because they do not need to "survey" before copying files.
- Pause and resume: gives you pause the file copy is incomplete because a copy of reason.
- Ignore the file is not corrupted files to read or not read the TeraCopy will ignore and continue copying the other files
- File list: TeraCopy will create a list in the copy so you can observe and control the copy easier
- Menu Right: a very convenient feature for you
- 100% Unicode support: copy files with accents that are completely


Serial:
Q3tC6XpCD LVUWAwRAAAgJy/0PRf1zTIyY6tYeTpp32bpKDZ/fIBMnse + U + / +3 CQO
oLLtHUrjgpheKVZe4dX/C83AcHysvt61NJG8h4MRzGnNGURI88oBZrqjyleiFVjE
YHQprCsk6WfPbYwjJ0KSUQap8kfFoSF3Liq1WLN0N + k23lyE5e 39estAK5MuNUTF
+ + MPVV77ge LT/VWL9ZVEav6O mwnNXiahgsLo30sUlLemvdQ58s6PjmeoNnI GHxop
+ +7 CGwCz69BTgeBO AcRpFFRDOSJvAR0MUYyN2/gDai0t Y7Ec0P7CsZPNubVpbVm1
+3 zvmBf3cZljogg/v0tcDlf84QEaYe1sDYh62snz gKdJLWPR6S5t71Ms8AwELmWu
TvIlZ7EDtIZJ6 + yEXacNDBAAAAA =

Mediafire

Jumaat, 15 April 2011

Terlalu hebat untuk buat kerja senang.

Ini adalah email berantai antara designer dengan pelanggannya. Pelanggan ini kehilangan kucing belaan nyer tapi dia tak tahu membuat poster. Maka dia upah la seorang designer 'profesional' ini untuk membantunya.




Ahad, 10 April 2011

Telur Tiruan Dicipta?

Akhbar Kosmo mendedahkan tentang kehadian telur palsu yang dah mula merayap masuk ke pasaran tempatan di Malaysia. Sebenarnya, jika di China, telur-telur tiruan ini bukanlah sesuatu yang pelik lagi malah boleh dikatakan mereka di sana setiap hari tidak lagi dapat membezakan samaada mereka makan telur yang asli atau yang tiruan.






Bagaimana telur palsu dibuat:

Menggunakan beberapa jenis bahan kimia seperti karbonat, pati, resin, gelatin, alum dan produk kimia lain.


Masukkan telur mentah ke dalam bekas hingga 2/3 penuh kemudian campur kalsium klorida dan pewarna. Dengan menambah pigmen kuning ia menjadikan kuning telur.
 

 
Kuning telur palsu di tuang ke dalam acuan.
 
Rendam dalam kalsium karbonat. 

 Kulit telur di bentuk dengan merendam ke dalam lilin parafin yang kemudiannya dibiarkan sehingga kering.




 Akhir sekali telur palsu siap. Kulit telur palsu sangat raput dan mudah pecah.
 
Banyak gelembung kecil yang terbentuk semasa menggoreng telur tetapi tidak ramai orang yang boleh membezakannya.Telur nampak seperti telur sebenar dan rasa telur palsu lebih baik daripada yang sebenar.



Kerana wanglah kenapa telur palsu dibuat. Kos telur palsu cuma 0.55 Yuan/kg sedangkan harga pasaran telur asli adalah 5.60 Yuan/kg. Tetap waspada kerana ia boleh menyebabkan keracunan makanan.

Sabtu, 2 April 2011

Bila Diajak Ke Kelab Malam

Bila Diajak Ke Kelab Malam

"Jom clubbing malam ni. *Kita pergi minum-minum jer," kata Ah King Kong kepada Asmadol.

"Tak mau la, aku mana boleh. Kau tak pe la," balas Asmadol menolak perlawaan Ah King Kong.

Selasa, 22 Mac 2011

Baiki LCD dengan menukar kapasitor.

Pos kali nie aku nak tunjuk macam mana nak baiki LCD aku yang rosak tu. Aku tunjuk dari mula² nak buka LCD.



Info Graphic:Bagaimana Tsunami Terjadi







Ahad, 27 Februari 2011

Hantu Bukit Putus [Amaran]

Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sabtu, 26 Februari 2011

Intel core i7 new look

Intel sememangnyer terkenal dengan kemajuan teknologinya berkaitan perkakas ringan komputer, namun produk terbarunyer iaitu Intel Core 17 sangat unik dan jauh berbeza dengan produk2 lame nyer. Hanya terdapat di Rusia.




Khamis, 24 Februari 2011

Bapa siapa pling hebat

Bapa siapa pling hebat

Ajoi, Sumardi dan Sharom sedang bercerita tentang kehebatan bapa-bapa diaorang:

Sharom: Bapa aku hebat.. Dia boleh tumbangkan pokok dengan badannya jer.

Ajoi dan Sumardi : Hebatnya, ayah kau kerja aper?

Shahrom: Dia juara sumo

Sumardi: Hmm kalau camtu ayah aku lagi hebat. Dia boleh mengangkat barang seberat 1 tan.

Sharom dan Ajoi : Wah, ayah ko keje aper?

Sumardi : Ayahku juara angkat berat.

Ajoi: Kalau camtu hebat lagi bapa aku, dia boleh menghentikan lori tangki yang sedang dipandu laju dengan hanya satu tangan jer.

Sharom dan Sumardi: Wow… paling hebat nih, kalah bapa kitaorang. Bapak ko kerja aper Joi?

Ajoi: Bapa aku kerja polis trafik ..



Rabu, 23 Februari 2011

20 jenis orang yang makruh kita beri salam

20 jenis orang yang makruh kita beri salam

1. Orang yang sedang mengambil wudhuk
2. Orang yang berada di dalam toilet
3. Orang yang sedang menikmati makanan dan minuman
4. Orang yang sedang berperang dengan musuh
5. Orang yang sedang membaca al-quran atau berdoa
6. orang yang sedang berzikir dan bertalbiah (haji dan umrah )
7. Orang yang sedang mengajar, berkhutbah dan memberi nasihat
8. Orang yang sedang belajar, mendengar khutbah dan nasihat.
9. Orang yang sedang azan
10. Orang yang sedang qada’ hajat.
11. Orang yang sedang bersetubuh dengan isteri
12. Orang yang sedang iqamat
13. Orang yang sedang mabuk.
14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
15. Orang yang sedang solat
16. Orang gila
17. kanak-kanak
18. Orang yang sedang tidur
19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
20. Salam lelaki kepada perempuan atau sebaliknya kerana ditakuti membawa fitnah

- Dari Kitab “Ghizaul Albab” Tulisan Oleh As-Safarini




Selasa, 22 Februari 2011

Jenama Laptop Paling Dipercayai 2010




Membeli laptop bukan sesuatu yang mudah. Walaupun pengeluar laptop sanggup menghabiskan berbillion ringgit untuk tujuan promosi, namun berapakah daripada pengeluar-pengeluar ini yang sanggup menjamin kualiti dan fungsi laptop tersebut untuk jangka masa tertentu. Sekiranya berlaku kerosakan, sejauh manakah kecekapan mereka mengatasi masalah ini. Perkara seperti ini diambil kira dalam survey yang dijalankan oleh PCWorld bagi menentukan jenama laptop yang paling dipercayai bagi 2010.

Sebelum tu, anda juga boleh lihat Jenama laptop paling kurang dipercayai 2010(akan datang).

Empat jenama laptop yang paling dipercayai bagi tahun 2010 adalah:

1. Apple

Apple sekali lagi menjadi pemenang dalam kategori jenama laptop dipercayai pada tahun 2010. Dalam setiap kategori yang dipertandingkan, Apple berjaya mencatat ranking tertinggi daripada pengguna (berdasarkan survey). Markah yang terendah adalah dalam kategori ‘kecekapan syarikat menggantikan komponen yang rosak’.

2. Asus (“Rock Solid. Heart touching.”)

Asus dikenali sebagai laptop kos murah di bahagian Amerika Utara. Sejak dua tahun lalu, jenama Asus mula menjadi pilihan pengguna laptop. Sesetengah pengkritik melabel laptop Asus sebagai berkos murah tetapi susah untuk digunakan. Namun, rata-rata pengguna mempercayai jenama Asus.

komen hollowgram: Dengar kata laptop Asus ni lambat panas berbanding jenama laptop lain.

3. Toshiba

Selain Apple dan Asus, Toshiba juga memdapat markah yang tinggi dalam kepercayaan pengguna.

4. MSI

MSI yang terkecuali dalam survey tahun lepas turut menunjukkan kepercayaan pengguna yang tinggi. Hanya terdapat sedikit laporan mengenai kerosakan komponen teras laptop tersebut.

Pengalaman aku kerja di kedai komputer, acer selalu jer problem. Tapi pelik gak, macam mana boleh jadi no1 di Malaysia?

Sumber : berdasarkan laporan PCworld Nov 29, 2010).

Wanna become a fan on facebook?




Pepsi Siti Nurhaliza Edisi Terhad


Siapa tak kenal Dato Siti dia bukan orang Malaysia. Jiran, Indonesia pun kenal sangat Dato Siti nie. Dan saya yakin ada peminat Dato Siti di luar sana. Sebab tu la ada orang nak jual barangan edisi terhad Siti Nurhaliza. Tin minuman Pepsi edisi terhad yang memaparkan Siti Nurhaliza sebagai duta telah dijual di portal Mudah pada harga RM2000. Tin Pepsi yang mempunyai autograf Siti Nurhaliza merupakan edisi keluaran tahun 2000 ini masih tidak dibuka & mengandungi air.

Ada statement mengatakan "Peminat Siti Nurhaliza dijangkakan akan membida tin Pepsi Siti Nurhaliza sehingga puluhan ribu ringgit selepas pihak portal Mudah.my berhasil mendapatkan hak penjualan daripada penjual asal." Kredit daripada berita Tokobakso.

Wah~ banyak tue...jual air tin jerk <-- ayat nampak sangat bukan peminat setia Dato Siti Nurhaliza. Dan ada satu lagi, ada orang nak jual poster Dato Siti Nurhaliza pulak.


Harga dijual adalah RM3000. Sesiapa peminat fanatik tue, memang terasa berbaloi la kot. Entah la. Tepuk dada, tanya la sendiri kat Dato Siti.



Ahad, 20 Februari 2011

Bedah siasat terhadap lcd Benq Q9W5.

Sebelum nie saya ada buat post merungut pasal lcd problem. Yup! Benq Q9W5. aku buat hal. Dengan bengang nyer aku dah buat bedah siasat dalam lcd tersebut. Dengan tak ada panduan apa², aku pon bukak la isi dalam lcd tersebut. Dah la tak pernah bukak lcd. Takut pun ada. Tapi dengan pengalaman bekerja di kedai komputer (tak pernah sentuh pun laptop mahupun monitor), aku beranikan diri.



Seperti di dalam gambar ada dua papan litar (itu kot nama nyer). Papan hijau tu ada tempat cucuk kabel. Yang coklat plak, kira macam papan induk dia lah. Aku pun tak berapa paham sangat tapi aku agak mungkin kapasitor problem. Memang selalu barang elektronik ada masalah, benda tulah punca utamanya.


Seperti aku jangkakan, kapasitor nie ada problem. Cuba tengok kat gambar, dua kapasitor dah kembang berbanding kapasitor yang lain. Huhu..camner nie. Tak kanlah nak ketuk kot. So, dengan ilmu aku ada, sampai sini jer dulu kot. Siasat je yang mampu. Nak baiki? kena pikir lama² dulu. Sebab tak pasti, selain kapasitor mungkin ada benda lain yang rosak. Lagipun aku nie blaja mekanikal, bukan nyer elektronik mahupun mekatronik. Ganti shaft, gear, skru, reti lah jugak. Paling terel pasal elektrik tukar mentol jerk.

Kemudian, aku pun pasang la balik. Alhamdulillah, berfungsi lagi lcd walaupun ada masalah tadi tak hilang. Takut gak, kalau tak hidup lepas pasang balik.

Sabtu, 19 Februari 2011

Info tekanan darah tinggi

Mari sini ada info menarik. Siapa terkena tak menarik pon.


TEKANAN DARAH TINGGI
KETAHUI TEKANAN DARAH ANDA - ELAKKAN KOMPLIKASI
Apa Dia Tekanan Darah?
Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadappembuluh arteri semasa peredaran darah ynag disebabkan oleh denyutan jantung.
Bagaimana Tekanan Darah Diukur?
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut:-
120 / 80 mmHg
Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. 
Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.
Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Tekanan Darah Berubah-ubah
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semual tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Apa Dia Tekanan Darah Tinggi?
Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai Tekanan Darah Tinggi.
Tekanan darah optima 130 / 80 mmHg
Tekanan darah tinggi
Lebih daripada 130 / 85 mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180 / 110 mmHg kadar tekanan darah anda adalah terlalu tinggi.
Kenapa Anda Perlu Mengetahui Tentang Darah Tinggi?
Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri anda sihat. Hanya satu cara untuk mengetahui sama ada anda menghidap darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah anda secara berkala. 
Apakah Akibat Tekanan Darah Tinggi?
Jika tekanan darah anda kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:
  • Serangan jantung
  • Angin ahmar
  • Kegagalan jantung
  • Kerosakan buah pinggang
Jika Tekanan Darah Anda Optima (130 / 80 mmHg)
Anda perlu terus mengawal tekanan darah anda, dengan cara:
  • Memeriksa tekanan darah anda secara berkala;
    • 2 kali setahun jika kadarnya normal
    • lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika anda mempunyai ahli keluarga mengidap darah tinggi, angin ahmar atau serangan jantung.
  • Tidak merokok
    • Nikotin dari asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat. Nikotin juga menyempitkan saluran salurnadi halus dan memaksa jantung mengepam lebih kuat.
  • Makan secara sihat, dengan mengurangkan pengambilan :-
    • Garam
      Garam berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah.
    • Lemak
      Lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling dinding salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang.          
  • Kekalkan berat badan unggul.
  • Bersenam secara berkala.
  • Elakkan pengambilan alkohol. 
Jika Anda Menghidap Tekanan Darah Tinggi :-
  • Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan.
  • Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor/pegawai farmasi.
  • Jumpa doktor anda secara berkala bagi mengawal tekanan darah anda.


    Siapa kena darah tinggi? kesian nyer... Bersenamlah selalu.

    Walaupun tak merokok pon boleh terkena. Puncanyer sebab hisap rokok dari asap orang yang merokok. Tak senonoh betul. Kata perokok, "kalau tak jual rokok, tak adalah juga perokok". Lawak betul statement tu. Kalau dah salah, salah la jugak. Kenapa la tak pikir "kalau tak beli rokok, tak ada la orang nak jual rokok".

    Kebanyakan penyakit, semuanya berpunca dari pemakanan. Jaga pemakanan, banyak minum air, dan bersenam minimum tiga kali seminggu. 

LCD Monitor problem la pulak

Sedih nyer aku. Lcd masalah pulak. Susah aku nak ngadap pc lagi. Monitor boleh bukak tapi kena cuba banyak kali. Asal bukak jerk tutup balik. bukak tutup, bukak tutup, sampai boleh..




Ini lah PC aku. Berterabur. Cantik tak patung oren tuh...


Baru jer nak upgrade ram ddr2 ke ddr3. Siapa pernah kena macam nie? Sila tolong. Tapi masalah nie suka pon ada. Ada la alasan nak beli LED plak. hehehe..

Pas nie aku nak godek la lcd nie. dah tanya pak cik google. dia pon tak tahu.Brand monitor nie Benq Q9W5.

Nanti aku post gambar masa aku bukak lcd nanti.

Surat untuk Bill Gates

Surat Untuk Bill Gates

Subject: Problems with my new computer

Dear Mr. Bill Gates,

We have bought a computer for our home and we have found
some problems, which I want to bring to your notice..

1. There is a button 'start' but there is no 'stop' button.
We request you to check this.

2. One doubt is whether any 're-scooter' is available in
system? I find only 're-cycle', but I own a scooter at my
home.

3. There is 'Find' button but it is not working. My wife
lost the door key and we tried a lot to trace the key with
this 'find 'button, but was unable to trace. Please rectify
this problem.

4. My child learned 'Microsoft word' now he wants to learn
'Microsoft sentence', so when you will provide that?

5. I bought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is
only one icon which shows 'My Computer': when you will
provide the remaining items?

6. It is surprising that windows says 'MY Pictures' but
there is not even a single photo of mine. So when will you
keep my photo in that.

7. There is 'MICROSOFT OFFICE' what about 'MICROSOFT HOME'
since I use the PC at home only.

8. You provided 'My Recent Documents'. When you will provide
'My Past Documents'?

9. You provide 'My Network Places'. For God sake please does
not provide 'My Secret Places'. I do not want to let my wife
know where I go after my office hours.

Regards,

Last one Mr. Bill Gates

P.S: Sir, how is it that your name is Gates but you are
selling WINDOWS ?

Khamis, 17 Februari 2011

Handphone berbentuk kota rokok

Barangan dari made in China punyer...





Hati² kalau ada kertas kat belakang cermin kereta

Berhati2 pada kertas yang melekat pada cermin belakang kenderaan anda

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA


-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman lani mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat

sumber:Facebook bomba Selangor

Rabu, 16 Februari 2011

Main cocok-cocok

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan
perhatian.

1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya
soalan

"Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?".





Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu
jahat sikit.

Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!"

Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik.

Ustazah tanya lagi soalan.

"Sape pencipta alam dan segalanya?"

Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!"

Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik.

Pastu ustazah pun tanya lagi soalan.

"Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum
tidur?"

Budak tu cocok lagi.

Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata

"Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap!!"

Ustazah tu berbuih mulutnya dan terus pengsan.

Selasa, 15 Februari 2011

DILARANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"



by De'Syifah E-store on Wednesday, February 9, 2011 at 4:21pm

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??



Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)



baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...



Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.



Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.



Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”



Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”



dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”



Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.



Jawab salam yang betul ialah ;



“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;



“WAALAI KUM SALAM”



Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.



Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.



Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.



Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.



Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.



* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”



Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..



Sekian, semoga ada manfaatnya

Cuba call kalau berani.

Cuba call kalau berani.

04-6461234

It is claimed that after you dial the number, you'll hear a girl's sad voice repeating something like "Jai Jian le" 再見了.
And you won't be charged for the call.

First I tot this is just another lame prank, getting other to bombard the victim's phone with countless calls. But after reading through other posts, all those who have tried heard the similar voice, then it will just disconnect itself.



OK, so out of curiosity, I dial the number using my hand phone. There wasn't any toot-toot ... toot-toot like other land line phone, but I heard the "Jai Jian Le" instantly, and it repeated until the line got disconnected. My first impression it was actually a recorded caller ring tones.

So here's a few things I found it's weird:
- the number clearly is a land line number, a Penang number, but land line got caller ring tone meh?
- I ask my friend to call at the same time while I'm still at the line, he also heard the same thing.
- Some other forumers claim they have heard different things like, "do you want to come accompany me?" in mandarin.
- Some heard it's a malay guy or a malay girl's voice.


So if you want to try... try at your own risk

rumors are this is the last voice recorded by a girl before she commit suicide.

Isnin, 14 Februari 2011

Penjajah terkejut tulisan dikuburkan.

Bila penjajah terkejut tulisan dikuburkan..

Semasa bekerja di Queen Mother Library, saya diminta untuk melayan seorang pengunjung, warga emas Scottish.

Walaupun saya menjangkakan yang umur beliau sudah mencecah umur 70-an dan sudah bertongkat, tetapi datuk Scottish ini kelihatan 'cerah' fizikal dan akal.


Semasa menguruskan kad keahlian perpustaan beliau, banyak soalan diajukan kepada saya.

Antara yang amat menarik perhatian saya ialah:

"Are you jawi people... errr I mean from Malaya?"

"Yes I am from Malaya. We call our country now as Malaysia."

"How do you have a good English (Latin character) writing?"

"Because simply I'd been grown up by this."

"Ohh dear me, I thought Malayan people are still using this Arabic or Quranic font to write their language. I still remember it's called jawi, and even a lot of people call your people as jawi."

Rupa-rupanya pakcik itu, seperti ratusan bahkan mungkin ribuan lagi warga British yang lain, pernah berkhidmat menjajah Tanah Melayu suatu masa dahulu.

Beliau terkejut kerana tulisan jawi sudah tidak lagi digunakan secara meluas di negara kita, sedangkan semasa beliau bertugas di negara kita sepanjang sekitar tahun 40-50an, tulisan jawi digunakan secara meluas.

Bahkan beliau sendiri boleh mengingati beberapa huruf arab/jawi.

Sepanjang pemerhatian saya, kebanyakan warga emas di Malaysia lebih fasih membaca tulisan jawi berbanding tulisan rumi.

Mana tidaknya, itulah dia tulisan rasmi sewaktu mereka di bangku persekolahan.

Arwah abah saya sendiri, yang pernah menjadi salah seorang pegawai atasan Telekom, banyak mencatat di dalam jawi.

Arwah atuk saya, melanggan akhbar Utusan Melayu yang kini telah dipusarakan.

Bahkan, pemasyhuran kemerdekaan pada tahun 1957 turut ditulis di dalam tulisan jawi.

Itu belum ditelek lagi dokumen perjanjian perdagangan antara Raja-raja Melayu dengan pedagang dan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris lagi.

Ketika pendita Za'ba telah memberikan nafas baru kepada tulisan jawi dengan karya agungnya 'Rahsia Tulisan Jawi', agak malang kerana anak-anak didik penjajah berkulit sawa matang telah mentalkinkannya di dalam sistem pendidikan.

Permulaan kepada pengakhiran tulisan jawi, ialah selepas perlaksanaan Akta Bahasa 1963 ketika mana tulisan rumi telah dijadikan tulisan rasmi di dalam urusan kerajaan khususnya di dalam sistem pendidikan.

Apa yang berlaku di negara kita pada waktu tersebut ialah duplikasi sekularisasi daripada negara Turki, setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyyah, antara keutamaan anak didik penjajah ketika itu ialah me'latin'kan tulisan Turki yang asalnya menggunakan huruf Arab.

Daripada wujudnya kelas jawi di sekolah rendah, akhirnya jawi terkubur di dalam buku teks subjek Pengajian Islam sahaja.

Kesannya, ialah generasi muda yang merangkak-rangkak membaca jawi dan yang sedihnya, menjejaskan 'kelancaran' bacaan al-Quran mereka.

Ya saya akui ada perdebatan akademik mengenai adakah tulisan jawi membantu bacaan al-Quran, akan tetapi itu bukan soal pokok yang ingin saya bincangkan di sini.

Di United Kingdom, saya rasa kagum dengan bagaimana orang-orang Pakistan dan India yang ramai bermigrasi di sini memelihara tulisan Urdu mereka supaya sama dengan tulisan Arab.

Anak-anak muda mereka masih lagi lancar menulis di dalam tulisan Urdu, walaupun bersekolah Inggeris, dan hidup pun gaya British.

Mereka masih mampu menerbitkan surat khabar di dalam tulisan Urdu di negara sekular ini, dan ianya dibaca secara meluas.

Pergilah sahaja ke masjid, atau ke kedai halal, anda akan dapat melihat tulisan Urdu.

Cuma alhamdulillah ketika pemerintahan Tun Abdullah dengan slogan Islam Hadharinya, beliau telah menggagaskan j-Qaf.

Pada peringkat awal, saya pun tidak tahu apakah yang dimaksudnya dengan j-Qaf.

Rupa-rupanya, ia adalah merupakan satu cubaan untuk menyuntik nafas baru di dalam subjek Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain (singkatannya ialah j-Qaf).

Ramai rakan-rakan sepengajian saya di Mesir bekerja sebagai guru j-Qaf di sekolah kerajaan.

Ketepikan khilaf politik, didoakan agar usaha itu boleh mengembalikan kegemilangan tulisan jawi.

Dan tidak cukup dengan itu sahaja, generasi saya, iaitu generasi mak abah kepada anak-anak moden perlu sedari awal mendidik anak-anak kita dengan tulisan Arab.

Pendedahan awal akan memastikan mereka lancar membaca al-Quran apabila dewasa nanti.

Tulisan jawi bagi saya amat membantu penguasaan bahasa Arab dan al-Quran.

Justeru, ketika Pendita Za'ba telah berusaha merekaya tulisan jawi dengan karya 'Rahsia Tulisan Jawi'nya, maka janganlah kita menjadi generasi yang 'merahsiakan tulisan jawi di dalam pusaranya'.

- Artikel iluvislam.com

Tudung Zaman Moden

Penyalahgunaan Tudung Di Akhir Zaman...

1. Tudung ‘Mickey Mouse’ -
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2. Tudung Lilit -
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3. Tudung ‘See Through’ -
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat, kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.

Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4. Tudung Jambul -
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5. Tudung ‘Singlet’ -
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum. Tiada kelongaran hukum tentang
penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6. Tudung Saji -
Sekejap pakai, sekejap tidak. Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung
mengikut keperluan situasi.

Renung²kan dan selamat beramal

diambil dari forum yang katanya dari facebook..apa² jer la..just for sharing..

Khamis, 10 Februari 2011

Letak widget Earth Hour di blog anda.

 Copy code bawah nie dan letak di blog anda.
 <object height="250" width="300" type="application/x-shockwave-flash" data="http://earthhour.org/assets/flash/tools/banners/EarthHour_300X250_2011_countdown.swf"><param value="http://earthhour.org/assets/flash/tools/banners/EarthHour_300X250_2011_countdown.swf" name="movie" /><param value="transparent"... name="wmode" /></object>

Selasa, 8 Februari 2011

[Ebook] Submitted Hacking Firefox : More Than 150 Hacks, Mods, and Customizations

 Jom hack serigala berapi~





 Info nie pon aku copy jerk..


425 pages | Dec 12, 2007 |ISBN:0764596500 | PDF | 7.5 Mb

They dreamed of a better browser and before you could say "explore no more," Firefox was born. But already you want more. Tighter security, greater functionality. A custom installation for Linux. Maybe even that unique extension you've always dreamed of creating. Well, if you want to tweak the Fox, here are over 400 pages of ways to do it.

Nak hack tak la jugak. Cuma untuk melajukan firefox jer. Selain itu, ada juga tunjuk cara bagaimana menceriakan firefox anda.


Selamat Membaca dan 'Try and error ' yer...

Tips menjaga laptop dan bateri laptop.

Tips:

1. Bateri laptop boleh menjadi panas dalam penggunaan normal sekalipun. Jangan gunakan laptop sambil diletakkan di pangkuan anda. (ini bukan penjagaan laptop tapi penjagaan diri)

2. Semasa guna laptop, janga letak laptop pada permukaan yang lembut, seperti diatas sofa, katil atau karpet. Sebab permukaan seperti itu akan menganggu aliran udara di bagian bawah laptop dan boleh menjadikan laptop overheating.

3. Mencegah sentuhan pada ketika kedudukan bateri yang longgar dengan berbagai jenis objek metal seperti pengepit kertas, duit syiling dan sebagainya.

4. Jangan sampai terjadi tekanan yang berlebihan yang diakibatkan oleh terjatuh, terhantuk, terhimpit ataupun tertumpuk oleh benda berat di laptop atau bateri laptop.

5. Jangan meletakkan laptop di tempat yang boleh menjadi sangat panas, seperti di bawah terik matahari ataupun di dalam kereta yang diletakkan cukup lama di kawasan parking waktu siang hari yang panas.

6. Basah atau terkena air adalah hal yang harus dihindari dari laptop ataupun baterinya. Walaupun ia akan mengering dan berfungsi normal, circuit di dalam laptop ataupun bateri secara perlahan-lahan akan berkarat dan akan mempengaruhi tahap daya ketahanannya.

7. Ramai yang anggap remeh tapi pastikan anda memahami cara menggunakan, menyimpan dan men-charge bateri dan laptop yang telah ditulis di dalam buku manual.

Nak tengok kilang buat kereta ferrari?

Klik gambar untuk lihat lebih jelas.























Ada apa dengan Korea Utara?

Jumaat, 4 Februari 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Jom join ChurpChurp. Sesuai kalau korang ada twitter.

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Tip untuk Mediafire

Kadang² korang tgh syok download fail dari mediafire tetiba putus talian bak kata mat salleh disconnected. Yang sakit hatinya nak resume balik tak dapat. Terpaksa la download semula balik. Tapi ada caranya kalau korang guna third party program macam Orbit atau IDM (internet download manager). Tak pasti klu cuba kat chrome, firefox, atau IE nyer downloader. Tak boleh kot...


1. Sambung balik atau resume fail tersebut menggunakan browser lain. 
Contoh: Korang download dari firefox dengan menggunakan IDM. Ambil address menggunakan IE dan copy. Buka IDM dan klik properties pada fail nak download tu dan paste kat address.

Atau

2. Delete cookies pada browser.
Contoh: Pada browser pilih tools > option. Kemudian pilih remove cookies. Search 'mediafire.com' dan padam.


Maaf kalau tak faham. Nanti aku update berserta dengan gambar.

Daftar @nuffnang

Akhirnya aku daftar gak kat nuffnang. Tapi aku tak tahu lagi macam mana nak guna. Dan sekarang status membership dah jadi glitterati. Apa tu Glitterati? Aku pun tak tahu sbb aku masih baru lagi. Apa yang aku tahu, benda nie ada kelebihan daripada membership biasa. Gembira campur sedih pun ada. Sedih tak ada orang klik ads aku.

Rabu, 2 Februari 2011

Eset Nod32 keys (180611)

TRIAL-48747655******84r7etj5ha

TRIAL-48747664******umdcupfts5

TRIAL-48747656******kaxcemjb8p

EAV-46428991******xedcheetnk

EAV-46428992******bkkhh7e3d3

EAV-46431624******kc7t6ks2k8

EAV-46431629******cudrs4djcc

EAV-46426871******dmf4msk78d

EAV-46427503******s635kumk6u

EAV-46427506******c3a7dfxhv6

EAV-46427572******jh27sn343c

EAV-46428958******dre6napmrm

EAV-46428985******upx8u6t364

EAV-46431633******r7djfr3xe3

EAV-46431672******eksuv6cxtj

EAV-46518622******tms62apu6m

EAV-46518677******6vt54rj326

EAV-46517819******ut38dtec33

EAV-46491696******r4bvh53n5u

EAV-46493306******fuhxvadee7

Jumaat, 21 Januari 2011

Internet Download Manager (IDM) v6.04.2

Di sini sana nak berkongsi software yang saya selalu guna untuk mendownload.
Inilah dia IDM. Setakat nie saya guna ok dan laju mmg puas hati. Silalah ambil. Siap crack skali.

 

Khamis, 13 Januari 2011

Angry Bird di PC




Siapa ada iphone, ipad, atau ipod mesti pernah dengar game ini. Angry Bird sekarang dah ada untuk pc. Kisah mengenai kemarahan burung terhadap pig ijau nie. Sebab apa? pig ijau nie curi telur diorg utk dimakan.

Ada lima jenis burung dan setiap nya ada kelebihan masing². Best game nie untuk menguji minda.





Kalau nak, bayar laa.. Hehehe... Gurau jer.

Download sini


Password: hazard

Rabu, 12 Januari 2011

Casing Menarik

Macam mana rupa casing anda? Lebih kurang macam di bawah nie?





Macam nie pc korang, tutup dua² belah mata jerk. Hehe..jangan marah. Korang juga akan pikir mcm aku juga lepas tengok gambar di bawah nie...



Wow! Batmobile

Pernah nampak bentuk nie?
“Recycled" di pc anda

 Alien Computer Case Mod

 Liquid-cooled Motorcycle
Nama camtu sebab guna cecair sebagai cooler

 V8 Engine
Orang yang gila pc+kereta
 Whisky pon boleh yer..

 Porsche SLI-Machine wheel PC

Banyak lagi casing yang menarik. Larat tunjuk yang nie jer la...