Memaparkan catatan dengan label pc. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pc. Papar semua catatan

Selasa, 22 Februari 2011

Jenama Laptop Paling Dipercayai 2010




Membeli laptop bukan sesuatu yang mudah. Walaupun pengeluar laptop sanggup menghabiskan berbillion ringgit untuk tujuan promosi, namun berapakah daripada pengeluar-pengeluar ini yang sanggup menjamin kualiti dan fungsi laptop tersebut untuk jangka masa tertentu. Sekiranya berlaku kerosakan, sejauh manakah kecekapan mereka mengatasi masalah ini. Perkara seperti ini diambil kira dalam survey yang dijalankan oleh PCWorld bagi menentukan jenama laptop yang paling dipercayai bagi 2010.

Sebelum tu, anda juga boleh lihat Jenama laptop paling kurang dipercayai 2010(akan datang).

Empat jenama laptop yang paling dipercayai bagi tahun 2010 adalah:

1. Apple

Apple sekali lagi menjadi pemenang dalam kategori jenama laptop dipercayai pada tahun 2010. Dalam setiap kategori yang dipertandingkan, Apple berjaya mencatat ranking tertinggi daripada pengguna (berdasarkan survey). Markah yang terendah adalah dalam kategori ‘kecekapan syarikat menggantikan komponen yang rosak’.

2. Asus (“Rock Solid. Heart touching.”)

Asus dikenali sebagai laptop kos murah di bahagian Amerika Utara. Sejak dua tahun lalu, jenama Asus mula menjadi pilihan pengguna laptop. Sesetengah pengkritik melabel laptop Asus sebagai berkos murah tetapi susah untuk digunakan. Namun, rata-rata pengguna mempercayai jenama Asus.

komen hollowgram: Dengar kata laptop Asus ni lambat panas berbanding jenama laptop lain.

3. Toshiba

Selain Apple dan Asus, Toshiba juga memdapat markah yang tinggi dalam kepercayaan pengguna.

4. MSI

MSI yang terkecuali dalam survey tahun lepas turut menunjukkan kepercayaan pengguna yang tinggi. Hanya terdapat sedikit laporan mengenai kerosakan komponen teras laptop tersebut.

Pengalaman aku kerja di kedai komputer, acer selalu jer problem. Tapi pelik gak, macam mana boleh jadi no1 di Malaysia?

Sumber : berdasarkan laporan PCworld Nov 29, 2010).

Sabtu, 19 Februari 2011

LCD Monitor problem la pulak

Sedih nyer aku. Lcd masalah pulak. Susah aku nak ngadap pc lagi. Monitor boleh bukak tapi kena cuba banyak kali. Asal bukak jerk tutup balik. bukak tutup, bukak tutup, sampai boleh..




Ini lah PC aku. Berterabur. Cantik tak patung oren tuh...


Baru jer nak upgrade ram ddr2 ke ddr3. Siapa pernah kena macam nie? Sila tolong. Tapi masalah nie suka pon ada. Ada la alasan nak beli LED plak. hehehe..

Pas nie aku nak godek la lcd nie. dah tanya pak cik google. dia pon tak tahu.Brand monitor nie Benq Q9W5.

Nanti aku post gambar masa aku bukak lcd nanti.

Ahad, 23 Mei 2010

Spec PC Aku




ini adalah pc aku. aku beli pc nie asing². pada mulanya pc aku mmg hampeh, lembab lak tu. ye la..dengan specnyer pentium3 dengan menggunakan sdram (bukan ddr)dengan monitor besar gedabak 17inci.kemudian aku upgrade pc aku sikit² sampailah jadi macho sket seperti dalam gambar di atas.

bermula dengan membeli monitor baru sbb monitor lama rosak. klu tak aku beli hardware dalam dulu. ye la..performance kena naikkan dulu, baru la kecantikan pc. mcm kereta la senang. body lawa, ada lampu neon lg, tp lembab, horsepower kurang la, tak tukar minyak 3 tahun la. tak boleh gak.

tahun berikutnyer aku beli motherboard dengan processor pula. duit tak cukup, pinjam kat member. ram pulak aku pinjam kat member sbb dia salah beli ram. aku pinjam la dulu.

selepas beberapa bulan aku angkut graphic card ngan ram pulak. gembira giler aku. dapat gak main game feveret aku. akhirnya lengkap lah pc aku yang terbaik setakat nih.

nih spec pc aku.

Intel Core 2 Duo
DDR2 Crosair XMS2 1Gx2
Geforce 8800GT

Macamana pula dengan bajet?

Motherboard = RM 180
Processor = RM 410
Hard Disk 160G = RM 190
Monitor = RM 610
RM1390 <-- Dibeli pada tahun 2007

Ram = RM 160
Graphic card = RM 610
RM 770 <-- Dibeli pada tahun 2008

Jumlah = RM1160

Jumlah pon bleh tahan gak..