Ahad, 31 Mei 2009

Cara pulih kan pc anda daripada virus

Memang sakit ati klu ada virus ada dalam komputer. dah la lembabkan, pastu lak kadang² ada file ilang. Anda terfikir, takkandah kena buang. Tidak. Sebenarnya virus telah hide folder anda. Cara buka tools di mana² folder dan tekan folder option. Pilih tab view. Thick pada Show hidden folders and files. Tapi kalau dah kena virus tu, folder option tak muncul.

Nak buka task manager pun x leh bukak. betul x? nie semua disebabkan virus. lebih² lg kat laptop perempuan. suka betul ternak virus. (jgn amek ati yer..) Ini adalah hakikat mengikut pengalaman saya.

Jangan risau, kalau ada masalah, mesti ada penyelesaiannyer. ye tak? Ikut cara di bawah.

Download
Download dahulu file yang saya masukkan ini, ComboFix.exe. Simpan file tu, tak kisah kat maner. Simpan dulu kat dekstop pun tak apa.

Masuk windows dalam keadaan safe mode
sebelum loading nak masuk windows, tekan F8. Di situ ia akan keluar menu pilihan (bukan menu makan). Pilih pada safe mode dan enter.

Kemudian anda akan masuk ke windows. Jangan terperanjat bagi yang tidak biasa. Windows anda akan kelihatan besar. Warna pun tak best. Itu adalah biasa dalam keadaan safe mode. Tekan file yang baru sahaja anda download tadi. Ikut sahaja intruction dia.



Biarkan sahaja. Mende tu tengah buat keje. Pergi main bola dulu ker, minum secawan kopi ker sebab mende nie agak lama bergantung pada pc anda. Kalau restart sendiri tak apa. Selepas restart ia akan masuk windows dalam keadaan normal. Ia akan habis selepas keluarnya log dalam bentuk notepad.

Barulah anda scan virus pada pc anda. Anti-kuman yand saya guna adalah eset NOD32. Kenapa akhir sekali baru nak scan? Kalau scan awal², virus tetap ada balik walaupun dah padam. Sebab? Virus telah mengubah Register Editor anda. Benda itulah akan membuat virus muncul balik dan benda itu juga disablekan Task Manager anda.

Skang pc anda dah ok. Task manager dan folder option dah muncul balik.

Combofix ini berfungsi untuk resetkan balik Register Editor yang telah diubah oleh virus. File nie bukan untuk buang virus. Sebab itulah saya suruh scan selepas keje combofix habis.

P/S: Pastikan anti-kuman anda telah update

1 ulasan: