Ahad, 24 Mei 2009

OS baru : Windows 7



Saya telah meng'install'kan windows 7 ini beberapa bulan yang lalu dengan membuat dual boot. Windows yang saya pasang ini adalah versi RC. Saya tak berapa minat jika ia dalam beta termasuk la software yang lain. Sebabnya mesti tak stabil. Berbalik pada windows 7 ini, ia lebih pantas daripada vista. Memang ramai yang tak suka vista, tapi sebelum nie saya pasang vista rasa ok jerk. (Lain orang, lain pendapat).

Kod nama untuk Windows 7 ini telah ditukar beberapa kali. Pada mulanya, ia dinamakan kod “Blackcomb” pada 2003. Kemudian ditukarkan kepada kod “Vienna” pulak pada awal tahun 2006. Akhir sekali nama rasminya adalah Windows 7. Dengar-dengar full version nyer kluar tahun 2010. Tarikh tepat tak tahu lagi.

Ada apa kat Windows 7 nih?

Ciri-ciri baru Windows 7 :

Antara muka pengguna
- Windows 7 masih mengekalkan cirri utama antara muka pengguna dan stail visual grafiknya iaitu Windows aero seperti windows vista tetapi banyak penambah baikan telah dilakukan. Ciri yang ketara ialah grafik yang menarik di desktop seperti kaca.

Taskbar
- Taskbar Windows & telah ditambah ketinggian sebanyak 10 piksel dari windows vista. Ia cirr terbaru pada windows 7 yang menggunakan grafik ikon yang lebih besar. Tetapi sekiranya anda sudah biasa dengan ikon yang lebih kecil, cirri-ciri taskbar windows vista yang lebih kecil turut disertakan.


Butang Mula dan menu
- Masih kelihatan sama dengan windows vista tetapi ditambah dengan cirri-ciri untuk akses terus Windows Explorer Libraries. Pilihan untuk menu klasik telah dibuang pada versi ini.

Senarai Pantas (Jump List)
- Pilihan menu ini kini boleh didapati dengan klik kanan pada ikon di taskbar. Setiap ikon yang berlain mempunyai senarai pantasnya yang berlainan mengikut kegunaan aplikasi tersebut.

Ruang Penyimpanan maya (Virtual hard disks)
- Windows 7 juga telah menyediakan fungsi tambahan Microsoft Virtual PC iaitu dengan menambah fungsi Ruang Penyimpanan
Maya (Virtual hard disks) yang boleh digunakan atau dijadikan sebagai pemacu.


Ciri-ciri yang telah dibuang dari Windows sebelumnya :

- Menu mula dan taskbar klasik seperti taskbar win98
- Aplikasi Windows Photo Gallery, Windows Movie Maker dan Windows Mail telah dibuang tetapi digantikan dengan aplikasi Windows Live. Namun ada sesetengah fungsi masih lagi wujud pada aplikasi baru Windows Live.
- Aplikasi Windows Defender telah dibuang
- Windows Meeting Space
- InkBall
- On-Screen Keyboard telah dibuang
- Windows Sidebar pada windows vista telah dibuang tapi boleh lagi pasang gadget

ada banyak lagi rasanya..



Spesifikasi untuk menggunakan windows 7 pula tidaklah memerlukan komputer yang sangat canggih.

1GHz 32-bit or 64-bit processor
1GB of RAM
16GB of disk space (or 20GB for 64-bit users)
DirectX 9 graphics device with WDDM 1.0 or higher driver

Spec pc saya Core2duo 4500 2.4GHz(OC), 2Gig Ram High Perfomance, Nvidia 8800GT berjalan dengan lancar. (Memang la..spec pon tggi..)

Anda boleh mendapat Windows 7 ini pada server windows. Activation key dengan mendaftar pada microsoft. Percuma, tidak perlu bayar apa2. Anda boleh gunakan windows 7 rc hingga Jun 2010, setahun lagi tu.

Tapi saya guna torrent jerk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan