Ahad, 20 Februari 2011

Bedah siasat terhadap lcd Benq Q9W5.

Sebelum nie saya ada buat post merungut pasal lcd problem. Yup! Benq Q9W5. aku buat hal. Dengan bengang nyer aku dah buat bedah siasat dalam lcd tersebut. Dengan tak ada panduan apa², aku pon bukak la isi dalam lcd tersebut. Dah la tak pernah bukak lcd. Takut pun ada. Tapi dengan pengalaman bekerja di kedai komputer (tak pernah sentuh pun laptop mahupun monitor), aku beranikan diri.



Seperti di dalam gambar ada dua papan litar (itu kot nama nyer). Papan hijau tu ada tempat cucuk kabel. Yang coklat plak, kira macam papan induk dia lah. Aku pun tak berapa paham sangat tapi aku agak mungkin kapasitor problem. Memang selalu barang elektronik ada masalah, benda tulah punca utamanya.


Seperti aku jangkakan, kapasitor nie ada problem. Cuba tengok kat gambar, dua kapasitor dah kembang berbanding kapasitor yang lain. Huhu..camner nie. Tak kanlah nak ketuk kot. So, dengan ilmu aku ada, sampai sini jer dulu kot. Siasat je yang mampu. Nak baiki? kena pikir lama² dulu. Sebab tak pasti, selain kapasitor mungkin ada benda lain yang rosak. Lagipun aku nie blaja mekanikal, bukan nyer elektronik mahupun mekatronik. Ganti shaft, gear, skru, reti lah jugak. Paling terel pasal elektrik tukar mentol jerk.

Kemudian, aku pun pasang la balik. Alhamdulillah, berfungsi lagi lcd walaupun ada masalah tadi tak hilang. Takut gak, kalau tak hidup lepas pasang balik.

7 ulasan:

  1. hehe...,ingat ape lah yg di bedah td :P

    BalasPadam
  2. Bro.. LCD ko ada masalah seperti LCD benq q9w5 aku.. lcd aku ada 4 kapasitor kembang dan apabila aku tekan suis on/off button, lcd hidup kurang dari sesaat.. so aku tukar keempat empat kapasitor tersebut.. sebijik kurang dari RM6.. selepas itu.. tadaa... LCD monitor aku hidup semula.. kos repair kurang dari RM30.. tapi awas, kapasitor ada voltan dia yang tersendiri.. kalo nak tukar, jangan lupa mark voltan setiap kapasitor diposisi asal.. selamat mencuba.. err.. bro, ko ada driver untuk lcd jenis ni tak? hehehe...

    BalasPadam
  3. dah ok dah..Alhamdulillah selamat.
    Nak driver ker? guna windows apa? klu win7, guna windows update jerk utk cari driver.

    BalasPadam
  4. Owh.. aku masih pakai win xp sebab kedua dua lappy aku win 7... kalo ko ada driver mintak boleh? aku dah jumpa dah apa model sebenar lcd ni.. kalo tak silap model asal Q9W5 ni adalah model BenQ FP92W. tapi bila aku try download driver tak masuk la pulak... aku bengang bila tgk video youtube xleh fullscreen...

    BalasPadam
  5. pakai cable aper? analog atau dvi?
    dlu aku pakai kabel analog mmg ada problem..video gelap..tukar ker dvi ok dah..

    nie link driver..
    http://adf.ly/13OMi

    BalasPadam
  6. assalam bro. aku ada masalah sama gak nih. nk tanya benda2 alah ni nk beli kt kedai mana eh? kedai alat ganti elektronik ke ape? sori ah aku budak buku je. mmg keje duk rumah je, xtau dunia luar, haha. monitor ni benda elektronik yg first aku bukak. tak reti sgt tp nk cuba repair sendiri.

    BalasPadam
  7. aku beli kat kl, jalan pasar.
    kat situ berlambak. mcm² ada. cuba jer repair. tak cuba, tak tau..

    BalasPadam