Selasa, 22 Februari 2011

Jenama Laptop Paling Dipercayai 2010




Membeli laptop bukan sesuatu yang mudah. Walaupun pengeluar laptop sanggup menghabiskan berbillion ringgit untuk tujuan promosi, namun berapakah daripada pengeluar-pengeluar ini yang sanggup menjamin kualiti dan fungsi laptop tersebut untuk jangka masa tertentu. Sekiranya berlaku kerosakan, sejauh manakah kecekapan mereka mengatasi masalah ini. Perkara seperti ini diambil kira dalam survey yang dijalankan oleh PCWorld bagi menentukan jenama laptop yang paling dipercayai bagi 2010.

Sebelum tu, anda juga boleh lihat Jenama laptop paling kurang dipercayai 2010(akan datang).

Empat jenama laptop yang paling dipercayai bagi tahun 2010 adalah:

1. Apple

Apple sekali lagi menjadi pemenang dalam kategori jenama laptop dipercayai pada tahun 2010. Dalam setiap kategori yang dipertandingkan, Apple berjaya mencatat ranking tertinggi daripada pengguna (berdasarkan survey). Markah yang terendah adalah dalam kategori ‘kecekapan syarikat menggantikan komponen yang rosak’.

2. Asus (“Rock Solid. Heart touching.”)

Asus dikenali sebagai laptop kos murah di bahagian Amerika Utara. Sejak dua tahun lalu, jenama Asus mula menjadi pilihan pengguna laptop. Sesetengah pengkritik melabel laptop Asus sebagai berkos murah tetapi susah untuk digunakan. Namun, rata-rata pengguna mempercayai jenama Asus.

komen hollowgram: Dengar kata laptop Asus ni lambat panas berbanding jenama laptop lain.

3. Toshiba

Selain Apple dan Asus, Toshiba juga memdapat markah yang tinggi dalam kepercayaan pengguna.

4. MSI

MSI yang terkecuali dalam survey tahun lepas turut menunjukkan kepercayaan pengguna yang tinggi. Hanya terdapat sedikit laporan mengenai kerosakan komponen teras laptop tersebut.

Pengalaman aku kerja di kedai komputer, acer selalu jer problem. Tapi pelik gak, macam mana boleh jadi no1 di Malaysia?

Sumber : berdasarkan laporan PCworld Nov 29, 2010).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan