Selasa, 22 Februari 2011

Pepsi Siti Nurhaliza Edisi Terhad


Siapa tak kenal Dato Siti dia bukan orang Malaysia. Jiran, Indonesia pun kenal sangat Dato Siti nie. Dan saya yakin ada peminat Dato Siti di luar sana. Sebab tu la ada orang nak jual barangan edisi terhad Siti Nurhaliza. Tin minuman Pepsi edisi terhad yang memaparkan Siti Nurhaliza sebagai duta telah dijual di portal Mudah pada harga RM2000. Tin Pepsi yang mempunyai autograf Siti Nurhaliza merupakan edisi keluaran tahun 2000 ini masih tidak dibuka & mengandungi air.

Ada statement mengatakan "Peminat Siti Nurhaliza dijangkakan akan membida tin Pepsi Siti Nurhaliza sehingga puluhan ribu ringgit selepas pihak portal Mudah.my berhasil mendapatkan hak penjualan daripada penjual asal." Kredit daripada berita Tokobakso.

Wah~ banyak tue...jual air tin jerk <-- ayat nampak sangat bukan peminat setia Dato Siti Nurhaliza. Dan ada satu lagi, ada orang nak jual poster Dato Siti Nurhaliza pulak.


Harga dijual adalah RM3000. Sesiapa peminat fanatik tue, memang terasa berbaloi la kot. Entah la. Tepuk dada, tanya la sendiri kat Dato Siti.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan